Balas Dendam Pada Kekasih Curang Dengan Conteng Kereta

Colombia – Akibat marah dengan tindakan teman lelakinya yang curang dan meniduri wanita lain, Maria Alejandra Samaniego, 25, mempunyai cara tersendiri untuk membalas dendam, iaitu dengan menconteng kereta Mercedes-Benz milik lelaki tersebut.

Maria yang terkejut apabila melihat Pabil Muniz Quintanilla, 27, bersama wanita lain di atas katil di rumahnya kemudian memutuskan untuk melakukan sesuatu bagi menzahirkan rasa marah dan geramnya kepada kekasihnya itu.

Dia kemudiannya keluar dari rumah berkenaan dan beberapa jam selepas itu, Maria kembali bersama kawannya tanpa pengetahuan Quintanilla.

Ketika rakannya itu merakamkan aksi Maria, wanita itu menulis perkataan memalukan dan cacian terhadap kekasihnya di kereta berwarna putih itu dengan pen `marker’.

Video rakaman itu dimuat naik di internet dan telah ditonton beratus ribu orang.

Ada yang menyokong tindakan Maria namun ada pula yang mengkritiknya kerana bertindak keterlaluan.

Namun bagi Maria, dia tidak kisah apa yang orang ramai mahu katakan padanya sebaliknya dia puas hati kerana dapat membalas dendam. – MyNewsHub

Leave a reply