Cemburukan Isteri, Anggota Polis Maut Tembak Kepala Sendiri

Gara-gara terlalu tertekan dengan masalah rumah tangga, seorang suami merangkap anggota polis bertindak membunuh diri sendiri dengan menembak kepalanya menggunakan pistol.

Insiden sadis itu dikatakan berlaku di perumahan polis di Ibu Pejabat Polis Labuan, malam tadi.

Mangsa berusia 29 tahun, ditemui sudah mati oleh isterinya di kediaman mereka kira-kira pukul 11.55 malam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, siasatan awal punca kejadian dipercayai masalah rumah tangga berkaitan cemburu namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, “Sebaik sahaja dimaklumkan, saya bergegas ke lokasi dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia.Semasa kejadian isteri mangsa didakwa berada dalam bilik dan hanya menyedari insiden tersebut tatkala terdengar bunyi tembakan yang mengena kepala suaminya.”

Bagaimanapun, mayat mangsa akan dibedah siasat dan siasatan masih dijalankan.

Difahamkan, jenazah mangsa akan diterbangkan ke rumah keluarganya di Gerik, Perak untuk dikebumikan. – MYNEWSHUB.CC

Leave a reply