Hosting GB Network Terbaik Dan Berbaloi-Baloi!

Assalamualaikum…

Rasanya dah 3 tahun atau 4 tahun lebih saya guna hosting daripada company GB Network ni. Sebelum ni saya pakai Exabytes Memandangkan saya tak mampu nak bayar Exabytes dah untuk hosting blog saya dulu. Lagipun sekarang saya kurang aktif berblog personal sebab ada banyak blog lain kena handle.

Tapi saya masih mengharapkan hosting saya boleh tampung trafik yang tinggi kalau ombak rindu melanda. Dan sekarang trafik maintain!

Ingat masa kes soalan peperiksaan UPSR/PMR tahun lepas? Dalam sejarah ia mencatatkan trafik saya lebih dari 40K sehari apabila di post oleh seorang di facebook.

Exabytes salah satu hosting yang boleh tampung trafik tinggi, tapi disebabkan agak mahal dan penggunaan saya dah kurang, saya terpaksa berhenti pakai Exabytes. Bagi saya service dan support Exabytes tetap bagus sehingga sekarang. Tapi agak leceh kerana support hanya boleh dibuat melalui email. Kadang-kadang kalau website down, terpaksa tunggu diaorang reply email dulu baru blog akan ok balik.

So saya usha dekat Hisyam Nasir pemilik GB Network Solutions setelah di recommended oleh Siti Abdul Rahman dan juga Niq Afnan.

Apa yang perlu dititik berat apabila memilih hosting sebagai blogger?

1- Limit Resource

Banyak hosting yang saya selidik. Tapi saya ada spesifikasi saya sendiri. Perkara pertama memang saya ambil berat pasal limit resource (kalau beribu orang online dalam 1 masa boleh hidup tak blog?). Itu penting. Saya taknak blog saya down bila traffic mencanak-canak.

Walaupun tak tahu bila traffik blog akan mencanak melambung tinggi, tapi kena bersedia.

2- Disk space

Saya memilih space dulu baru bandwidth. Sebab bandwidth boleh guna Cloudflare untuk kurangkan penggunaan bandwidth.

Disk space ni macam hard disk la. Tempat menyimpan gambar dalam blog, kita panggil disk space. Bukan takat gambar, segala mak nenek yang dimasukkan, semua kat disk space.

3- Bandwidth

Kalau tengok pada package yang diberi di laman web GB Network, memang pakej bandwidth melebih-lebih. Sejak saya pakai Hosting Terbaik GB Network, memang tak pernah habis bandwidth. Penggunaan hanya 20%. Loklak tak loklak. Sebab dia bagi 500GB bandwidth. Gila pakai 500GB Bandwidth? hahaha..

Sekarang, kenapa aku pilih GB Network?

Apa yang saya puas hati dengan Hisyam Nasir sendiri, sangat mesra dengan customer. Saya paling suka bila dia tanya.. Apa spec yang saya nak? Berapa bajet saya? Itu maksudnya, flexible. Mudah kalau senang nak negotiate.

Ada setengah hosting provider bila kita tanya, dia mintak kita tengok dekat website dia. Itu je jawapan dia. Kita nak tanya pun macam stuck dalam otak. Tak mesra.

Selama pakai tak ada masalah lagi. Selalu contact pemiliknya dekat Facebook je. Support memang cepat gila. Dan dan dia orang teganu kita.. senang nanti nak gi serbu pejabat dia kalau buat masalah. haha

Sekarang blog ini di kuasakan oleh hosting GB Network, hosting yang paling terbaik sekali dalam Malaysia bagi pendapat saya sendiri.

Pakej Hosting Terbaik GB Network.

Murah! Tak caya cuba bandingkan dengan pakej provider lain. Saya dah buat perbandingan semalam. Disebabkan ada client nak buat website, mencari dan survey la hosting lain disebabkan hosting yang biasa pakai ada masalah.

Jadi selidik GB Network, ternyata lagi murah!.

Sekarang ramai dah blogger sedar kelebihan pakai Hosting sendiri berbanding Blogger.com, disebabkan kes pertukaran ke blogspot.my haritu.

Jadi kalau anda nak guna hosting GB Network, boleh sign up kat sini. Then buat pembelian hosting. Saya cadangkan, permulaan ambil pakej white dulu. Bila tak cukup baru upgrade. Nak ambil pakej silver pon ok! RM120 je. Murah dah tu!

Selamat Berhosting!

Sumber : Norfanil.com

Leave a reply