Keith Foo Banyak Belajar Agama Islam

Keith Foo Banyak Belajar Agama Islam

Keith Foo Banyak Belajar Agama Islam – Gara-gara wataknya sebagai lelaki Melayu Islam bernama Tengku Adam Kamil dalam drama bersiri yang kini sedang hangat ditayangkan, Ariana Rose, Keith Foo menyatakan dia berasa seronok dapat belajar sedikit sebanyak tentang agama Islam dalam usahanya mendalami watak yang diberikan kepadanya.

Pelakon berdarah kacukan Cina-India ini pernah diselar sesetengah pihak yang menyifatkan wataknya itu tidak sesuai diberikan kepadanya yang bukan beragama Islam selain banyak lagi pilihan pelakon lelaki beragama Islam yang boleh dipilih untuk menjayakan drama tersebut.

Keith juga tidak menafikan watak seorang Muslim yang dibawakannya bukan sesuatu yang mudah, tetapi dalam masa yang sama dia gembira berpeluang mempelajari agama Islam menerusi lakonannya itu.

“Kalau ada babak berdoa, saya banyak bertanya kepada pengarah dan kru produksi tentang setiap pergerakan yang perlu dilakukan supaya tidak berlaku sebarang kesalahan,” katanya memetik Ohbulan.

Bagi Keith sendiri, ajaran Islam juga tidak asing baginya kerana sudah terbiasa melihat cara hidup kakaknya yang merupakan seorang mualaf dan juga abang iparnya. – Webberita | Terkini via MyNewsHub

Leave a reply