Lencongan Pertama Dilakukan Dengan Sistem Komputer – Bukan Manual

Lencongan Pertama Dilakukan Dengan Sistem Komputer – Bukan Manual

Lencongan Pertama Dilakukan Dengan Sistem Komputer – Bukan Manual – Lencongan pertama oleh MH370 dari laluan asalnya dipercayai dilakukan oleh sistem komputer yang telah diprogam kembali oleh seseorang ketika berada di dalam kokpit dan bukannya dilakukan secara manual.

Laporan berkenaan dibuat oleh The New York Times hari ini.

Langkah itu memperkukuhkan teori bawa kapak berkenaan dirampas oleh pihak yang mempunyai pengetahuan yang kukuh berhubung aspek penerbangan dan sekali lagi jari dituding media berkenaan kepada kapten dan pembantunya sebagai antara yang berpotensi membuat program laluan yang baru.

Radar tentera Malaysia memperlihatkan MH370 telah naik ke altitut 45,000 kaki selepas hilang dari skrin radar awam dab kemudiannya turub kepada ketinggian 23,000 kaki sebelum naik semula.

MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac lalu.

Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. – Webberita | Terkini via MyNewsHub

Leave a reply