Lima Sekawan Rahsia Rakan Lemas

Lima Sekawan Rahsia Rakan Lemas

Lima Sekawan Rahsia Rakan Lemas – GUA MUSANG : Tindakan lima sekawan murid tahun enam yang bersepakat merahsiakan kejadian rakan mereka yang lemas ketika mandi bersama di Sungai Ketil, Kampung Kerinting di sini petang kelmarin tidak berpanjangan apabila salah seorang daripada mereka akhirnya menceritakan peristiwa itu kepada ibu mangsa.

Rakan mangsa lemas itu bertindak membocorkan kejadian yang menimpa Lim Wai Hong, 12, pada pukul 8 pagi semalam iaitu selepas 15 jam insiden tersebut berlaku.

Kanak-kanak terbabit dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gua Musang dipercayai merahsiakan insiden rakannya yang lemas di sungai itu pada pukul 5 petang kelmarin kerana bimbang dimarahi oleh keluarga masing-masing.

Menurut bapa mangsa, Lim Kian Guan, 59, salah seorang daripada rakan anaknya yang berasa gelisah dan tidak sedap hati kerana merahsiakan kejadian itu telah menceritakan perkara tersebut kepada isterinya, Yong Kong Kap, 41, pada pukul 8 pagi semalam.

Bagaimanapun, sebelum itu, kata Kian Guan, isterinya mengesyaki sesuatu berlaku ke atas anak tunggal mereka apabila mangsa didapati tidak pulang ke rumah di di Taman Tropika di sini selepas keluar menemui rakan berdekatan sekolah pada pukul 3 petang kelmarin.

Malah, katanya, Wai Hong juga tidak menjawab beberapa panggilan telefon isterinya yang bimbang terhadap keselamatan anaknya itu.

“Selepas pulang dari tempat kerja pada pukul 5 petang, isteri saya memaklumkan anak kami masih tidak pulang ke rumah. – Webberita | Terkini via Kosmo

Leave a reply