MAS Tampil Jawab Isu ‘Nasi Lemak TELANJANG’

MAS Tampil Jawab Isu ‘Nasi Lemak TELANJANG’

MAS Tampil Jawab Isu ‘Nasi Lemak TELANJANG’ – Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) tampil memberi maklumbalas komen Chef Wan yang mengatakan nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi diumpamakan seperti ‘telanjang’.

Beliau turut memuatnaik gambar nasi lemak berkenaan melalui laman Instagramnya.

MAS dalam satu kenyataannya berkata mereka akan terus mempertingkatkan mutu penyediaan makanan mereka.

“Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi berkenaan ketika penerbangan ke Bangkok.

“Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami,” kata Malaysia Airlines.

Pada 29 Januari, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi.

Gambar dan komen Chef Wan itu menerima lebih 918 Likes dan komen dari pelbagai aspek di laman Instagram berkenaan. – Webberita | Terkini via MyNewsHub

Leave a reply