Netizen Jangka Hanez Suraya Akan Kembali Bersama Romie

Semalam, heboh satu industri hiburan tanah air apabila bekas kekasih Hanez Suraya, Romie Razin Adilha disahkan bercerai dengan isterinya, Nur Liyana Manan.

Tertanya-tanya juga kami apa agaknya reaksi Hanez berkenaan perkara ini. Iyalah, walaupun sudah bergelar bekas kekasih, kami rasa hubungan mereka masih baik sebagai kawan.

Kalau korang nak tahu, walaupun Hanez sudah menjelaskan hubungannya dengan Romie sudah putus, masih ada ura-ura yang mengatakan kasih mereka bakal bertaut kembali. Fuh! Panas ni.

Malah, masih ramai lagi yang mempertikaikan hubungan sebenar antara Hanez dan Romie walaupun sebelum ini, ada juga yang mengatakan Hanez sudah menemui pengganti. Entahlah…

Nak cakap banyak pun tak guna. Iyalah, hanya Hanez dan Romie saja mengetahui status sebenar mereka. Kita ni, doakan yang terbaik sajalah untuk mereka, ya?

Leave a reply