Pakej Samsung Galaxy Note 2 Dengan DIGI,MAXIS, dan CELCOM

by Super Admin on 22 October 2012

Pakej Samsung Galaxy Note 2 Dengan DIGI,MAXIS, dan CELCOM - Samsung Galaxy Note 2, yang bersaiz 5.5-inci dengan sokongan S-Pen kini boleh didapati secara pakej melalui Digi, Maxis dan juga Celcom.

Anda kini boleh menjimatkan sedikit wang dengan mendapatkannya daripada tiga syarikat telekomunikasi pada harga yang rendah. Maxis, DiGi dan Celcom, kini menawarkan pakej tersendiri untuk peranti ini. Umobile masih belum mengumumkan pakej pelan daripada mereka.

Maxis menawarkan Samsung Galaxy Note 2 bersama-sama dengan pilihan pakej Value First atau Value Plus yang mana digabungkan dengan pilihan pelan data 1GB (RM48), 3GB (RM68) ataupun 6GB (RM98). Tempoh kontrak adalah berbeza. Semkain lama kontrak, semakin murah peranti Samsung Note 2 ini.

Manakala pihak DiGi menawarkan pakej peranti Galaxy Note 2 dengan pilihan DG Smart Plan yang membawa kepada hanya tawaran penggunaan pelan data sahaja.Komitmen bulanan sebanyak RM88, para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1399 dengan deposit Rm 600 menjadikan pembayaran pertama untuk memiliki gajet Rm 2099.

Pakej daripada Celcom pula menawarkan pakej dan pelan tersendiri dimana mereka menyediakan sebanyak 6 pelan khas. Seperti Maxis, para pengguna diberi pilihan untuk pilihan pelan panggilan suara dan juga penggunaan internet, dengan jumlah komitmen serendah RM78 sehingga RM208 oleh Celcom.

Bagi mendapatkan Samsung Galaxy Note 2 pada harga terendah iaitu RM1498, pengguna dikehendaki melanggan  pakej dengan komitmen bulanan sebanyak RM188 ataupun RM208 dan depositnya pula adalah sebanyak RM450.

Dibawah ini adalah keseluruhan spesifikasi Samsung Galaxy Note 2.

Webberita | Teknologi

 

Sila Komen Di Bawah Ini

{ 1 comment… read it below or add one }

pahan October 22, 2012 at 10:23 am

sungguh suka dengan note 2 :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: