Video: Giliran Pengadil Kena Kad Merah Daripada Pemain

KEBIASAANNYA pengadil yang akan melayangkan kad merah sekiranya berlaku kesalahan di antara pemain dalam perlawan bola sepak.
Tetapi kali ini giliran pemain pula melayangkan kad merah kepada pengadil! Ia berlaku dalam bola sepak Turki.

Insiden itu nyata mencuri tumpuan apabila pemain pertahanan pasukan Trabzonspor, Salih Dursun melayangkan kad merah kepada pengadil ketika perlawanan Liga Super menentang Galatasaray, pada Isnin.

Akibat daripada tindakan itu, pengadil tidak berfikir panjang, terus melayangkan kembali kad merah kepada Dursun, sekaligus menjadikan Dursun pemain ke-4 Trabzonspor yang dikenakan kad merah.

Maka Trabzonspor meneruskan perlawanan dengan hanya 7 pemain di mana perkara tersebut memberikan kelebihan kepada kelab Galatasaray.

Terdahulu, pengadil melayangkan kad merah kepada Luis Pedro Cavanda dan ia terjatuh di atas padang.

Akibat berang dengan tindakan pengadil yang gemar menghalau pemain keluar, Dursun mengutip kad merah tersebut sebelum terus melayangkan kepada pengadil.

Perlawanan itu tamat dengan menyaksikan Galatasaray menang 2-1 keatas Trabzonspor.

Insiden ‘tayang kad marah’ tersebut tidak hanya berakhir di padang apabila penyokong kelab Trazonspor yang berada di luar stadium turut melakukan aksi yang sama.

Mereka menayangkan kad merah ke udara sebagai tanda protes kepada tindakan pengadil perlawanan yang seakan berat sebelah lagi ‘gila kuasa’ itu. – MYNEWSHUB.CC

Leave a reply