[Video] Ibu Bunuh Dua Anak Dengan Lontar Mereka Dari Tingkat 15

by Super Admin on 10 February 2013

[Video] Ibu Bunuh Dua Anak Dengan Lontar Mereka Dari Tingkat 15

[Video] Ibu Bunuh Dua Anak Dengan Lontar Mereka Dari Tingkat 15 - Ini bukan kes baru…kes tahun lepas…..

Seorang ibu di Rusia tergamak membunuh dua anak lelakinya yang berusia 4 dan 7 tahun dengan mencampakkan mereka dari tingkat 15 apartmen yang didiami mereka dalam satu kejadian pertengahan tahun lalu (2012).

Menurut media Rusia, kejadian itu berlaku apabila ibu kanak-kanak itu, Galina Ryabkova, 31, dikatakan sudah ‘bosan’ dengan dua anaknya itu.

Video yang berdurasi selama 1 minit 29 saat itu memaparkan keadaan Galina selepas melontar anaknya.

Menurut seorang jiran, dia dikejutkan oleh isterinya apabila isterinya memberitahu terdapat kanak-kanak terjatuh dan mereka bergegas keluar sehingga ternampak mayat kedua-dua budak malang itu terbaring di hadapan pintu utama apartmen.

Selepas insiden itu, Galina seperti tidak beremosi apabila memberitahu jiran-jirannya bahawa dia baru saja mencampak anaknya ketika ditanya oleh mereka.

Mereka sekeluarga dilaporkan tinggal di tingkat 8 tetapi pada hari kejadian, Galina membawa anaknya ke tingkat 15 dengan tujuan untuk membunuh mereka.

Apalah dosa kanak-kanak itu sehingga ibu mereka tergamak berbuat begitu?

Ketika kejadian, suami Galina tidak berada di rumah kerana bertugas di luar kawasan.

Galina turut memberitahu polis bahawa anak-anaknya kini sudah berada di syurga.

Wanita itu sebelum ini dilaporkan pernah meminta cerai daripada suaminya selepas dia mengetahui suaminya curang dan mungkin gangguan emosi ini yang membuatkannya sanggup untuk mengambil nyawa anaknya sendiri.

Kini, Galina telah dihantar ke hospital psikatri untuk pemeriksaan lanjut dan jika disabit bersalah, si ibu boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup. – Webberita | Terkini

Sila Komen Di Bawah Ini

{ 1 comment… read it below or add one }

zulkiflie zul February 10, 2013 at 10:39 am

tergamak ibu sendiri membunuh anak kandung nya

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: